Wednesday 24 June 2015

600 Bekas Bubur Lambuk Diedar Kepada Petugas Bernama



Kesatuan Pekerja-Pekerja Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) atau KPPB mengedarkan sebanyak 600 bekas bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru pada Ramadan ketujuh hari ini.
Yang Dipertua KPPB Zaharin Mat Noor berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada aktiviti tahunan kesatuan untuk menghargai petugas yang terus komited menjalankan tugas sepanjang bulan puasa.
Sumbangan bubur itu disampaikan oleh Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman kepada para petugas Bernama di Wisma Bernama, bagi memuliakan amalan bersedekah di bulan Ramadan.
Tahun ini merupakan tahun keempat kesatuan itu mengedarkan bubur lambuk yang begitu sinonim setiap kali tibanya bulan Ramadan.
-- BERNAMA

Sumbangan bubur lambuk...