Sunday 31 December 2017

Malaysia Sertai Dunia Sambut 2018 Dengan Kemeriahan...

Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam sekali gus menandakan bermulanya tahun baharu 2018.
Malaysia menyertai dunia menyambut kedatangan tahun baharu dengan suasana yang cukup meriah dengan beberapa acara diadakan di seluruh negara yang disertai ribuan rakyat berbilang kaum dan agama.
Di ibu negara, ribuan termasuk pelancong asing menyambut 2018 di beberapa lokasi tumpuan seperti Dataran Merdeka, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Bukit Bintang, Menara Kuala Lumpur dan Mutiara Damansara Commercial Centre (MDCC).
Orang ramai mula membanjiri kawasan-kawasan berkenaan seawal 8 malam yang sebelum itu telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang disediakan pihak penganjur sambutan yang rata-rata terdiri daripada pihak swasta seperti pancuran air bercahaya dan konsert.
Bersama kegembiraan dan sorakan "Selamat Tahun Baharu" dan "Happy New Year" yang mengiringi kedatangan 2018, tersemat 1,001 pengharapan dalam kalangan rakyat agar tahun ini menjadi lebih baik berbanding tahun lepas.
Pekerja swasta, Muhammad Afiq Syahmi, 25, yang ditemui Bernama di Bukit Bintang di sini berkata bagi tahun 2018 beliau berharap agar ekonomi negara akan bertambah stabil dan kukuh dalam semua sektor dalam negara.
"Sekarang ini pun kita sudah dapat menyaksikan pemulihan mata wang ringgit yang kini sudah kembali kukuh, kita harap perkara ini boleh berterusan tahun hadapan bagi membawa negara ke depan setanding dengan kuasa ekonomi dunia yang lain," katanya yang hadir ke Bukit Bintang bersama keluarganya seawal 6 petang.
Pegawai perhubungan awam, Lee Pei Yuenn, 26, berkata tahun 2018 diharap dapat membuka satu lembaran baharu dalam memperkukuhkan semangat perpaduan antara kaum di negara ini.
"Kita sudah hidup dalam satu masyarakat besar sejak dulu lagi dan baru-baru ini kita semua tahu ada pihak-pihak yang cuba mengganggu kesepaduan ini, 2018 ini kita harap rakyat lebih sensitif mengenai perkara yang melibatkan kaum dan agama," katanya.
Sambutan tahun baharu di MDCC dimulakan dengan MDCC Fun Run Countdown Run sejauh 5km pada 9 malam dan peserta mengenakan baju berwarna oren terang untuk memeriahkan parti 2018 MDCC Annual Countdown Party yang terletak di antara IKEA dan The Curve, sebelum menunggu acara kemuncak persembahan bunga api terbesar selama 10 minit sebaik sahaja tengah malam.
Di PUTRAJAYA, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan bermandikan cahaya dengan pertunjukan bunga api digital menghiasi bangunan Istana Kehakiman, sekali gus menghiburkan kira-kira 500,000 pengunjung yang hadir meraikan malam detik Ambang Tahun Baharu 2018.
Pertunjukan bunga api digital menggunakan teknik kreatif, resolusi tinggi serta sistem bunyi dan kandungan visual yang diterapkan dipancarkan serentak dengan tembakan bunga api secara langsung mengambil masa lima minit itu diadakan sempena penutupan Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) yang telah berlangsung di Dataran Putrajaya sejak Khamis lepas.
Penutupan acara bertujuan mempromosikan Putrajaya sebagai bandar perintis di Malaysia yang menerapkan elemen pencahayaan bersistematik dan dinamik khususnya dalam aspek penggunaan teknologi terkini dan penjimatan tenaga itu diserikan dengan kehadiran Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail.
Di MELAKA, Sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 diadakan di Dataran 1Malaysia Klebang yang dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron serta ribuan rakyat. Antara aktiviti yang disediakan ialah pertandingan sukan rakyat, kejohanan Muay Thai, demo memasak, persembahan artis jemputan, persembahan kebudayaan, pelancaran Kalendar Acara Pelancongan Melaka 2018 dan pertunjukan bunga api.
Idris dalam ucapanya berkata rakyat Melaka perlu meningkatkan iltizam, membina keazaman dan keyakinan diri demi mencapai matlamat ke puncak jaya serta menjadikan tahun 2018 lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Di PERAK, hujan renyai di sekitar bandar raya Ipoh tidak menghalang lebih 10,000 orang menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu 2018 di Dataran Bandaraya Ipoh anjuran kerajaan negeri dan Tourism Perak yang dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta artis terkemuka tanah air termasuk Datuk Jamal Abdillah.
Turut menjadi tumpuan warga bandar raya Ipoh adalah taman tema Lost World of Tambun yang dibanjiri kira-kira 20,000 pengujung manakala di Dataran Menara Condong Teluk Intan pula, orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dengan ikon bandar tersebut yang diterangi hiasan lampu-lampu menarik.
Di SEREMBAN, kira-kira 5,000 orang menghadiri sambutan tahun baharu Negeri Sembilan Fest 2017 anjuran Persatuan Karyawan Negeri Sembilan (PKNS), Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan GIG Technology yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi sejak pukul 8 malam.
Negeri Sembilan Fest 2017 yang telah berlangsung sejak Jumaat lepas turut menyediakan 70 buah khemah jualan selain orang ramai turut disajikan dengan konsert daripada artis Najwa Latif, Dva, Sixth Sense serta Slash, sementara menunggu detik 12 tengah malam.
Di LANGKAWI, Larian Langkawi Fun Nite Run 2017-2018 anjuran Persatuan Pelancongan Langkawi dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memeriahkan sambutan ambang tahun baharu di pulau peranginan itu dengan melibatkan kira-kira 1,000 peserta.
Acara Langkawi International Blues and Roots Aseana (LIBRA), sebuah festival muzik blues pertama di Malaysia melabuhkan tirai dengan membuat kiraan detik ke tahun baharu di Pantai Chenang.
Menyajikan persembahan muzik blues oleh artis-artis dari Malaysia, Singapura dan Australia, acara yang dianjurkan bersama LADA, Itos Cottage Music dan SB Explorer Sdn Bhd itu telah bermula sejak Jumaat lepas dan menarik lebih 3,000 orang genre blues dari dalam dan luar negara.
Di TERENGGANU, konsep sambutan Malam Ambang Tahun Baharu 2018 anjuran kerajaan negeri kali ini diadakan penuh kesederhaan dan pengisian ke arah kerohaniandi Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, berbanding sambutan penuh warna-warni pada tahun sebelumnya.
Ambang tahun baharu diisi dengan acara solat hajat perdana, forum agama dan persembahan nasyid daripada kumpulan Far East serta kumpulan Selawat yang bermula pada 10 malam dan dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Wan Nawawi Wan Ismail serta barisan exco kerajaan negeri dan penduduk.
Ahmad Razif dalam ucapannya berkata sambutan sedemikian diadakan bagi mengingati penderitaan yang dialami umat Islam di seluruh dunia ekoran penindasan dan kezaliman yang dilakukan musuh-musuh Islam termasuk umat Islam di Palestin.
Pada majlis itu, beliau bagi pihak kerajaan negeri menyampaikan sumbangan RM500,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan Aman Palestin untuk disalurkan kepada penduduk Palestin yang kini dizalimi rejim zionis, sebelum solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Ash-Shafie Abd Manan diadakan tepat detik 12 tengah malam.
Di KUCHING, sambutan ambang tahun baharu dirai meriah di Tebingan Sungai Kuching (Kuching Waterfront) seawal pukul 8 malam dengan persembahan pentas.
Di samping persembahan muzik, pentas persembahan itu yang dibangunkan sejak semalam lagi turut menyajikan persembahan tarian-tarian tradisional, moden dan juga pertunjukan fesyen untuk menghiburkan ribuan pengunjung yang membanjiri kawasan pentas, walaupun dalam keadaan hujan renyai pada awalnya.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg tiba di kawasan pentas persembahan sekitar pukul 10.30 malam dengan diiringi Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan beberapa menteri Sarawak.
Dalam ucapannya, Abang Johari melahirkan azam untuk melaksanakan semua polisi yang dirangka kerajaan negeri untuk memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak pada tahun baharu ini, dalam memenuhi harapan untuk melakar laluan ke arah mencapai status negeri berpendapatan tinggi 2030.
Acara sambutan berakhir seperti biasa dengan kiraan detik ketibaan tahun baharu, disusuli pertunjukan bunga api yang bergemerlapan menghiasi angkasa, menjadi latar indah yang menghiasi mercu tanda ikonik Bangunan Dewan Undangan Negeri di pinggir sungai itu.
-- BERNAMA


Saturday 30 December 2017

Veteran Bilik Berita RTM adakan ‘reunion’ di Bernama…

Selepas sekian lama tidak bertemu, kira-kira 50 veteran bilik berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun 60-an dan 70-an beramah mesra dan mengimbau kisah lama dalam satu majlis perjumpaan di Wisma Bernama hari ini.
Bekas Pengarang Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Zainoor Sulaiman yang juga veteran RTM berkata majlis 'reunion' itu ibarat satu pertemuan yang penuh nostalgia kerana ada dalam kalangan mereka tidak berjumpa sejak 40 tahun lepas.
"Kita baru sahaja menubuhkan satu group WhatsApp. Tidak sampai sebulan, idea perjumpaan ini tercetus. Bagaimanapun, ada yang tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen lain. Ada juga rakan kita yang telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan itu.
Turut hadir bekas Pengerusi Bernama Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman dan Datuk Harjit Singh Hullon.
Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang berkata Bernama selaku tuan rumah majlis perjumpaan tersebut berbesar hati terhadap sokongan daripada veteran RTM yang sudi meluangkan masa menyertai program itu.
“Ini merupakan sumbangan Bernama untuk kemajuan media dan pengamalnya. Semoga permulaan (reunion) ini menjadi platform bagi mereka mengembangkan silaturahim. Bernama sebagai agensi berita akan sentiasa beri sokongan,” katanya.
-- BERNAMA



Friday 29 December 2017

Words of friendship...


A Bernama senior officer apologized to colleagues when she accidently exited from their WhatsApp group this afternoon.
She was added back in no time, prompting a curious colleague to ask her what it was like being “out there”.
Her reply was: “Thinking about good friends..”
Happy to be back in the loop, she shared a three-minute video highlighting words of wisdom about friendship presented to the tune of "My Heart Will Go On"  from the blockbuster film Titanic.
These are the words worth sharing:
  •  Everyone has a friend during each stage of life. But only lucky ones have the same friend in all stages of life
  • We have three types of friends in life: Friends for a Reason, Friends for a Season & Friends for a Lifetime
  •  Remember that the most valuable antiques are dear old friends
  •  A good friend listens to your adventures. A best friend makes them with you
  • If you have nothing in life but a good friend, you’re rich
  • Happiness is meeting an old friend after a long time and feeling that nothing has changed.
  • Sometimes you put walls up not to keep people out, but to see who cares enough to break them down – Socrates
  • A strong friendship doesn't need daily conversation, doesn't always need togetherness, as long as the relationship lives in the heart, true friends will never part
  • Friends are the family we choose for ourselves
  • We don’t meet people by accident. They are meant to cross our path for a reason.
  • Childhood friendship is the most beautiful memory that can’t ever be replaced.
  • It’s not what we have in life but who we have in our life that matters
  • Good friends are like stars...You don't always see them, but you know they are always there.
  • Sometimes, I sit and think of all the memories I’ve made and smile. Then I smile even more at the thought of memories yet to be made
  • Life brings tears, smiles and memories. The tears dry, the smiles fade but the memories last forever
  • Good times become good memories and bad times become good lessons
  • Many people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your heart
  • Sometimes you will never know the value of a moment until it becomes a memory
  • Friends may change but the memories last forever
  • No matter what happens…some memories can never be replaced
  • The most frightening thing about seeing an old friend again is the fear that your friendship is nothing more than a memory
  • Letting go doesn’t mean you forget the person completely. It just means that you find a way of surviving without them
  • Friends come and go like waves of the ocean..but the true ones stick, like an octopus on your face
  • The most painful goodbyes are the ones that are never said and never explained 


Tuesday 26 December 2017

Nostalgia Ampang Park...

Hari-hari terakhir Ampang Park, yang mula beroperasi pada  1973, semakin hampir sebelum ia dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Stesen MRT.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati pusat beli-belah bersejarah itu dikunjungi orang ramai yang mahu melihatnya buat kali terakhir selain mengambil peluang promosi harga runtuh pelbagai barangan sebelum premis itu dikosongkan.
Pengunjung Noor Hisham Che Din, 53, tidak melepaskan peluang membawa seisi keluarga mengimbau kenangan zaman remajanya di pusat beli-belah itu.
"Dulu ada taman tema di sini seperti di Berjaya Times Square sekarang. Dulu saya selalu meluangkan masa bermain dengan kawan-kawan di sini.
"Sebelum ia dirobohkan saya mahu tunjukkan kepada anak-anak saya tempat yang telah mencipta 1,001 kenangan ini," katanya.
Lain pula kisahnya dengan ketua penyelia keselamatan yang sudah bekerja lebih 30 tahun di pusat beli-belah tertua negara itu apabila bertemu pasangan hidup yang juga bekerja di Ampang Park sekitar 1992.

Menceritakan nostalgia itu kepada Bernama, Ahmad Suparia Seedovardi, 57, tidak menyangka pusat beli-belah yang menjadi tempat beliau mencari rezeki akhirnya membuahkan 'rezeki lain' yang sekali gus merubah masa depannya.
"Bekerja mengikut syif dan tidak tentu masa membuatkan pergaulan sedikit terhad tapi ternyata perancangan Allah cukup sempurna," katanya yang bakal menamatkan tugas Ahad ini (31 Disember) susulan bangunan itu bakal ditutup mulai 1 Januari 2018.
Ahmad Suparia, yang berasal dari Perak, turut meluahkan rasa hiba kerana sudah menggangap Ampang Park seperti rumah keduanya malah pernah merancang untuk terus berkhidmat di situ sehingga bersara.
Mohamad Sharil, 38, yang juga seorang peniaga pula menyifatkan penutupan Ampang Park sebagai peristiwa pahit buat dirinya yang membesar seiring dengan syarikat pengurup wang warisan keluarga yang seusia dirinya.
"Rasa sedih dan kalau ikutkan memang tak mahu keluar dari sini sampai bila-bila. Peniaga dan pelanggan tetap sudah dianggap seperti satu keluarga besar," katanya.
-- BERNAMA



Monday 25 December 2017

Happy birthday Govind...

Chief Sub-Editor M.Govindnair celebrated his 67th birthday on this Christmas Day with streams of well-wishes from family and colleagues.
It was a special day for him that included lunch with family and some relatives.
Asked what would his message be for Bernamaians, he replied:
“Work hard and smart. Do not be too bothered about your age. It's just a number. Give more to Bernama than what it has given or is giving to you.”




Sunday 24 December 2017

Antara keperluan dan kemahuan…

Satu perkara yang sering menjadi bahan bualan ialah kos sara hidup. Pelbagai pandangan dikemukakan mengenai isu ini serta cadangan bagi menanganinya.
Ada yang beranggapan bahawa isu ini membabitkan soal antara keperluan dan kemahuan seseorang.
Ia sebenarnya merupakan kos gaya hidup seiring dengan naluri keinginan yang meningkat.
Maksud keperluan:
- Keperluan merupakan kepentingan asas yang diperlukan oleh setiap manusia untuk meneruskan kehidupan. Keperluan terdiri daripada barang atau perkhidmatan yang membolehkan manusia hidup pada tahap minimum.
- Keperluan asas merupakan keperluan yang wajib dan mesti dipenuhi untuk meneruskan kehidupan.
- Keperluan terdiri daripada:
a) keperluan asas
b) keperluan sampingan
- keperluan asas terdiri daripada:
a) makanan- untuk pertumbuhan tubuh badan dan kesihatan
b) pakaian- untuk melindungi tubuh badan
c) tempat tinggal- untuk melindungi daripada keadaan cuaca dan binatang buas

Maksud kemahuan/kehendak:
- Kehendak adalah keinginan terhadap barang  perkhidmatan untuk hidup dengan lebih selesa dan mewah daripada keadaan asal (tahap minimum) serta dapat meningkatkan taraf hidup.
- perbezaan kehendak antara individu dipengaruhi oleh faktor umur, jantina, cita rasa, pekerjaan, dan pendapatan.
- cirri-ciri kehendak manusia adalah:
a) kompleks dan tidak terhad
b) sukar dipuaskan
c) sentiasa berubah

Keperluan

Kemahuan
Barang dan perkhidmatan yang perlu untuk terus hidup. Contoh, makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
Barang dan perkhidmatan yang memberi keselesaan dan keseronokan.  Contoh kereta mewah, kolam renang

Mudah dipuaskan kerana setiap manusia mempunyai paras keperluan yang sama.

Tidak dapat dipuaskan dengan sepenuhnya
Keperluan manusia adalah tetap, semua manusia mempunyai keperluan yang sama

Kehendak manusia berubah –ubah mengikut citarasa dan kemampuan
Keperluan manusia adalah terbatas.

Kehendak manusia berubah –ubah mengikut citarasa dan kemampuan



Saturday 23 December 2017

New Year congratulations from OANA President

Dear Colleagues,
As the President of OANA (Organisation of Asia-Pacific News Agencies), it is my most pleasant duty to send you my warmest wishes in the approaching New Year.
As this year ends and a new one begins, the dream of 'Peace on Earth' can still seem very distant. In the past year, we have witnessed ongoing wars, horrific violence and suffering in many countries. 
Internationally, tens of thousands of children, women and elderly are on the move, living precarious existences in the refugee camps, as conflict, military occupation and disasters continue to force people to flee from their ancestral homes.
The humanitarian situation of millions of vulnerable people is still awaiting an adequate global response.
In 2017, you continued your noble mission of obtaining information, producing and delivering to your societies the most accurate, unbiased and honest stories dealing with not only economic growth, political and social successes, but also poverty, hunger, homelessness and powerlessness, miserable conditions of migrants — including infants and children — as they wait, not knowing what the future will hold for them.
Along with your commitment to professional integrity and ethics, we continued to face another challenge that is rapidly becoming an alarming issue and ever more frequent topic in many conferences on media — fake news, copyright violations, and plagiarism.
Many of these issues were discussed at the 5th World Congress of News Agencies, which took place in Baku in November, 2016, and was also attended by OANA members.
My personal conclusion made from the forum was that two days of debates and exchange of opinions cannot be sufficient to address all these growing and, at times, troubling issues. Only our continuous cooperation and joint work can let us see a light in the end of the tunnel.
As we now face into a new year, we need courage and more energy and inspiration to double our efforts in tackling these challenges, both new and old.
Our professional solidarity and bonds are stronger than we think, much stronger than differences between us.
My wish, before we say good-bye to 2017, is that, together, we will continue to seek to build our strong OANA home of which our founding fathers dreamed in 1961, embracing the values, possibilities and responsibilities contained in that dream.
I wish each and every member-agency as well as your sovereign nations a blessed and happy New Year of restored hope and peace in Asia's and the Pacific's truly pacific future.

Aslan Aslanov
President, Organization of Asia-Pacific News Agencies

Friday 22 December 2017

Semuanya Tentang Anda...

Bernama Radio akan mula menggunakan tagline ‘Semuanya Tentang Anda’ sebagai komitmennya kepada para pendengar.
Tagline itu merupakan terjemahan daripada bahasa Inggeris ‘All About You’ yang dipilih semasa Retreat Pengurusan Bernama di Felda Sungai Klah, Jumaat lepas.
Ia menjadi manifestasi bahawa apa jua yang dilakukan oleh Bernama adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Mesyuarat itu juga memilih tagline “Get It Right” atau “Pastikan Benar”.
Dalam industri media yang kini berdepan dengan gejala berita dan maklumat palsu, keperluan bagi masyarakat mendapat berita yang benar amatlah penting.
Bernama, sebagai pembekal berita, pula perlu mempastikan maklumat yang disalurkan adalah benar selain daripada komitmen untuk mengeluarkan berita dengan pantas.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan semalam memperakukan penggunaan kedua-dua tagline ini.
‘Semuanya Tentang Anda’ untuk Bernama Radio dan mungkin juga untuk Bernama News Channel (BNC) manakala ‘Get It Right’ atau ‘Pastikan Benar’ untuk perkhidmatan editorial – teks dan foto.
Bernama Radio kini menggunakan tagline ‘Berita Pantas, Info Berterusan’.  
Pentingnya tagline untuk meningkatkan penjenamaan Bernama ditekankan oleh Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh pada retreat tersebut.
Beliau memberi contoh tagline “Now Everyone Can Fly” yang digunakan oleh Air Asia serta “Just Do It” oleh Nike sebagai slogan yang ‘catchy’ untuk mencerminkan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka serta mendekatkan diri dengan pengguna.
Banyak cadangan dikemukakan mengenai tagline atau slogan oleh para peserta pada retreat itu.
Kesemua tagline cadangan itu dipaparkan di skrin, diperhalusi satu persatu sehinggalah pemilihan dibuat secara undian.

Thursday 21 December 2017

Bernama bantu usahawan PKS...

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Koko Minda Food Industries (M) Sdn Bhd (Koko Minda) dalam usaha membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meluaskan perniagaan mereka.
Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh berkata menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Bernama dapat memainkan peranan penting bagi mempromosi produk yang dihasilkan usahawan PKS hingga ke pasaran luar negara.
"Pada tahun lalu, kami bercadang untuk mengadakan program televisyen khusus bagi membantu PKS di Malaysia sebagai salah satu usaha CSR kami. Alhamdulillah, Koko Minda antara syarikat awal yang terlibat dalam program ini.
"Peranan media seperti Bernama amat penting bagi membantu meningkatkan jualan produk PKS seperti Koko Minda. Kalau boleh kita kembangkan ke pasaran luar negara," katanya kepada Bernama selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU itu di Wisma Bernama hari ini.
Produk itu juga akan dipasarkan menerusi koperasi Bernama untuk memperkenalkannya di kalangan warga Bernama.
MoU berkenaan ditandatangani Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab dan Pengarah Urusan Koko Minda Salim Salleh.
Salim berkata syarikatnya optimis dapat mencapai sasaran nilai jualan kira-kira RM3 juta tahun ini dan kerjasama dengan Bernama dapat membuka ruang untuk syarikat pengeluar produk minuman berkhasiat berasaskan koko yang beroperasi di Melaka itu lebih dikenali ramai.
Produk itu telah dipasarkan ke Singapura, Brunei Darussalam dan Thailand serta dirancang menembusi pasaran Asia Barat.
-- BERNAMA  

New Year Greetings from Trend (Azerbaijan) and Anadolu (Turkey)...


Selamat Menyambut Hari Natal...


Tahniah Zulkarnain dan Zahari...


Wednesday 20 December 2017

'Jasa' filem pendek terbaik kemerdekaan 2017 BNC

Filem pendek berjudul 'Jasa' yang dihasilkan sekumpulan penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) memenangi tiga daripada lapan anugerah pada Festival Filem Pendek dan Anugerah Skrip Drama Radio Hari Kemerdekaan 2017 anjuran Bernama News Channel (BNC).
Filem itu, hasil karya sekumpulan lapan penuntut Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM Puncak  Perdana di Selangor, mengisahkan seorang doktor yang membalas jasa bapa pesakit kanak-kanak yang dirawatnya.
Mereka membawa pulang geran bernilai RM50,000, sebuah kamera Nikon DSLR, trofi serta sijil penghargaan.
Filem berkenaan turut merangkul Anugerah Skrip Filem Terbaik menerusi Muhamad Hadli Hairudin dan Anugerah Pelakon Lelaki Filem Pendek Terbaik menerusi Pak Uda.
Semasa ditemui selepas majlis penyampaian anugerah itu di Wisma Bernama hari ini, produser  filem berkenaan, Nur Hamira Mat Desa, 23, berkata idea pembikinan filem itu digarap hasil perbincangan dan cambahan idea setiap anggota kumpulan demi menepati tema ‘Sehati Sejiwa’ yang ditetapkan penganjur pertandingan itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi  Bernama Datuk Seri Azman Ujang,  Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama Datuk Mokhtar Hussain dan pengarah filem tempatan Datuk Zulkifli M Osman.
Sementara itu, Zulkefli dalam ucapannya berkata meskipun pertandingan itu merupakan acara amatur, namun sambutan menggalakkan diterima daripada peserta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
"Penganjuran pertandingan ini merupakan langkah permulaan dalam memupuk semangat cintakan negara serta perpaduan dalam masyarakat selain menaikkan martabat industri filem tempatan melalui pendedahan awal dalam menyampaikan mesej kemerdekaan melalui penghasilan filem pendek," katanya.
Beliau berharap pada masa depan, Bernama dapat menganjurkan pertandingan yang lebih besar selain pemenang  menjadikan pertandingan itu sebagai platform untuk lebih berjaya di peringkat seterusnya.
Festival filem itu ditaja oleh Nikon Malaysia, Instaweb, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Utusan Karya Sdn Bhd.
Pertandingan dari 10 Julai hingga 31 0gos itu menerima 60 penyertaan dengan enam filem dipilih ke peringkat akhir.
Pertandingan itu menyaksikan Anugerah Pengarah Filem Terbaik dimenangi oleh Ryout A Ujin, yang turut memenangi Anugerah Suntingan Terbaik. 
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi Kimberly Ng, Anugerah Sinematografi Terbaik (Zulfaiz Shamsudin) dan Anugerah Jurukamera Terbaik (Mohd Hani Fikri Jaafri).
-- BERNAMA



Tuesday 19 December 2017

Pengalaman berharga...

Editor 2 Meja Antarabangsa Azeman Ariffin mendapat pengalaman berharga dalam kunjungan pertamanya ke Sri Lanka untuk membuat liputan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Azeman, yang diiringi jurufotografi Mahayudin Mohamad, menyifatkan tugasan itu sebagai mencabar.
“Makan ok…banyak nasi beriyani,” katanya yang berada di negara itu selama lima hari.
Datuk Seri Najib berkata lawatannya ke Sri Lanka sangat berjaya dalam membuka ruang dan peluang pelaburan kepada Malaysia ekoran negara itu kini di ambang pemulihan ekonomi.
Beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena semalam.
Perdana Menteri berkata Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Sri Lanka dijangka dimuktamadkan pada hujung tahun depan atau selewat-lewatnya awal 2019.
Perkembangan terbaharu itu dicapai dalam pertemuan beliau dengan rakan sejawatannya Ranil Wickremesinghe hari ini.
Datuk Seri Najib kemudian berlepas ke Maldives untuk lawatan rasmi dua hari.
-- BERNAMA

Perjanjian persefahaman BNC dan RHA media...

Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab bersama Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media Sdn Bhd Datuk R Rajendran selepas memeterai memorandum persefahaman antara Bernama News Channel (BNC) dan RHA Media di Wisma Bernama hari ini.

Greetings from Vietnam News Agency...


Monday 18 December 2017

Go for excellence...

On Saturday, Bernama Chairman Datuk Seri Azman Ujang spoke on the need for Bernama to be innovative in facing the new media landscape.
As a news provider, Bernama should be able to adapt itself with new ideas to stay relevant.
He was speaking at the Bernama Family Day 2017 dinner at Pangkor Island.
It is a never-ending devotion for him to spearhead Bernama's efforts  towards excellence.
He had written the following article which appeared in Berita Bernama in June 1994.
Interestingly, he noted: "The bosses have spent considerable time and money on brainstorming session, even holding their own "retreat" at seaside resorts. They were aimed at identifying problems within BERNAMA and I'm sure they have got the answers."
With the present management having just concluded a two-day retreat on Friday, although not by the seaside  but a Felda hot-spring resort, the way forward have been identified.   



Sunday 17 December 2017

Kenangan indah di Pulau Pangkor...

Hari Keluarga 2017 anjuran Kelab Kakitangan Bernama (KKB) meninggalkan kenangan manis bagi para peserta yang teruja dengan pelbagai acara yang diadakan.
Foto-foto yang dimuatnaik di laman sosial jelas menggambarkan keceriaan mereka.