Tuesday 28 February 2017

BNC sambut ulangtahun kesembilan...


Bernama News Channel (BNC) menyambut ulangtahun kesembilan dengan harapan untuk berdaya saing memandangkan perkembangan menggalakkan yang dilaluinya.
Pengarah Operasi BNC Hakimi Mohd Zain yakin kejayaan itu dapat dicapai dengan semangat yang ditunjukkan oleh para petugas. 
"Kami menyambut ulangtahun ini secara sederhana sahaja. Semua juadah dan persiapan disediakan oleh kakitangan BNC sendiri.
"Setelah mengharungi beberapa tahun yang sukar, saya gembira melihat kakitangan beriya-iya sangat ingin mengadakan sambutan ini," katanya.
Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh turut menghadiri sambutan tersebut.
"Saya harap tahun ini dan tahun-tahun hadapan akan mendatangkan lebih kejayaan kepada BNC. Saya nampak kejayaan itu akan tiba...kejayaan meraih penonton, penyampaian maklumat dan terutama sekali daya saing," kata Hakimi.
"Kalau boleh biarlah BNC ini independent dari Bernama dari segi pembiayaan.
Ia akan mengurangkan beban tanggungan kewangan Bernama kepada BNC.
"Saya rasa itu akan tercapai dalam tiga, empat tahun lagi," katanya.
Keyakinan itu didorong oleh perkembangan menggalakkan yang dialami oleh saluran itu.
"Sejak kebelakangan ini, BNC didatangi ramai yang berminat untuk melabur.
"Jika trend ini berpanjangan, kemungkinan BNC tidak akan mempunyai cukup airtime untuk menampung kehendak pelanggan.
"Program berkonsep baharu yang telah disusun rapi juga akan berjaya menarik pengiklan-pengiklan baharu," katanya. 
Dikenali sebagai Bernama TV sebelum ini, saluran itu melancarkan penjenamaan semula sebagai Bernama News Channel (BNC) pada 25 Mei tahun lepas.
Ia turut memperkenalkan logo dan warna baharu serta meningkatkan kandungan siarannya untuk memenuhi citarasa pelbagai peringkat penonton.
Selain buletin berita, program utama saluran itu ialah slot bual bicara BERNAMA TODAY,  The Nation,  Hello Malaysia serta Ruang Bicara.
Program lain termasuk Jurnal Bernama, Telecine serta Salam Dari Jakarta, program kerjasama dengan agensi berita ANTARA di Indonesia. 
Menggunakan tagline "Baharu & Benar",  BNC sentiasa menekankan laporan yang tepat dan berwibawa (credible). 
BNC boleh ditonton di saluran 502  Astro, Saluran 401 Hypp TV,  MyTV 121 dan webtv.bernama.com.

Perayaan terbesar wartawan Malaysia...

Sambutan Hari Wartawan Malaysia yang julung kali dicadang diadakan tahun ini akan tampil sebagai perayaan terbesar pengamal media di negara ini, Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh membayangkan hari ini.
Ia dijangka melibatkan penyertaan antara 3,000 hingga 4,000 pengamal media dari seluruh negara.
“Sambutan ini bagi merayakan kebebasan media di Malaysia dengan memberikan pengiktirafan kepada media sebagai “the fourth estate”  dalam sebuah negara yang demokratik dan berdaulat,” katanya kepada para pegawai kanan Bernama.
Tarikh yang dicadangkan ialah antara 31 Ogos dan 16 September ketika semangat patriotisme masih membara.
“Ia akan diadakan di luar ibu negara sama ada di Pulau Langkawi atau di Pantai Timur seperti di Cherating…tempat di mana para peserta boleh ke sana dengan kenderaan darat (by land),” katanya.
Cadangan mengadakan Hari Wartawan Kebangsaan Malaysia disuarakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada 8 Februari lepas ketika menghadiri sambutan Hari Pers Nasional Indonesia di Ambon.
Beliau berkata sudah tiba masanya untuk mewujudkan penghargaan tersebut mulai tahun ini bagi meraikan sumbangan pengamal media terhadap negara.
"Kita juga akan mengundang Persatuan Wartawan Indonesia untuk memeriahkan Hari Wartawan Kebangsaan Malaysia sebagaimana yang dilakukan sempena Hari Pers Nasional yang diadakan di Indonesia pada setiap tahun," kata Datuk Seri Salleh yang mengetuai delegasi pemimpin media Malaysia.
Datuk Zulkefli, yang juga Pengerusi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) dan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab turut menyertai delegasi itu.
Menurut Datuk Zulkefli, selain ISWAMI beberapa pihak seperti Jabatan Penerangan dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) akan dilibatkan dalam penganjuran Hari Wartawan Kebangsaan.

   

Prosedur operasi lif Wisma Bernama dipertingkatkan...

Prosedur Operasi Standard (SOP) kendalian lif di Wisma Bernama ditambah baik susulan insiden lapan orang petugas Bernama yang terperangkap dalam lif pada 14 Februari lepas.
Mereka telah terperangkap selama 40 minit akibat daripada masalah teknikal lif tersebut yang merupakan satu daripada empat buah lif yang digunakan di bangunan itu.
Langkah-langkah pembaikan yang dilakukan ialah:
Kawalan 24 jam di Bilik Kawalan Api termasuk hari cuti umum dan hujung minggu.
Sistem interkom akan diuji tiga kali sehari.
Latihan penggunaan interkom dan kamera litar tertutup (CCTV) akan dilakukan setiap bulan dan dimasukkan dalam sukatan latihan kawad keselamatan.
Telah berbincang dengan pihak Maxis dan pembekal perkhidmatan (service provider) yang lain untuk mereka meletakkan IBC Antenna di dalam Shaft Lift agar talian dapat diterima.
Buat masa ini hanya Maxis sahaja yang memberikan jawapan untuk memasang IBC Antenna tersebut.
Langkah itu dibuat memandangkan semasa kejadian, mereka yang terperangkap cuba membuat panggilan menggunakan telefon bimbit tetapi tiada talian.
Pelekat menunjukkan butang kecemasan dalam lif juga telah diletakkan bagi memudahkan penumpang mendapatkan bantuan sekiranya terperangkap.

Monday 27 February 2017

Bernamaku...



Bernama, Saudi Press Agency ink MoU on news exchange...

The Malaysian National News Agency (Bernama) and Saudi Press Agency (SPA) today signed a memorandum of understanding on news exchange to boost cooperation and strengthen understanding between the peoples and governments of Malaysia and Saudi Arabia.
The MoU seeks to provide the two agencies with greater outreach in news coverage without the need to have offices or correspondents in either country.
The signing of the MoU was witnessed by the King of Saudi Arabia, King Salman Abdulaziz Al Saud, and Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak after their talks at Seri Perdana, the official residence of the Malaysian Prime Minister.
King Salman, who is the Custodian of the Two Holy Mosques, is on a four-day state visit to Malaysia from Sunday at the invitation of the Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Bernama general manager Datuk Zulkefli Salleh and SPA president Abdullah bin Fahd Al Hussien signed the MoU on behalf of Bernama and SPA, respectively.
Bernama, in a press release, said the agreement will be a platform for it to receive and disseminate reports on events in Saudi Arabia and the rest of the Arab world.
It said that for Bernama, and Malaysia in general, news from Saudi Arabia and the Arab world is much sought after as thousands of Malaysians descend on Saudi Arabia for the haj and umrah annually while many others also visit the other Arab countries.
Saudi Arabia, home to two of the holiest sites in Islam, is also seen by Muslims in Malaysia as a nation of interest to them, it said.
"The religious scholarships, the edicts and the happenings relating to Islam in a country located in a region seen as the cradle of Islam is very much relevant to Malaysia," it said.
On the other hand, Bernama said, the MoU will provide for Malaysia, Asean and Southeast Asia to be on SPA's spotlight.
The cooperation provides a win-win situation for the two sides and opens a new avenue for them in covering more geographical regions without additional financial commitment, it said.
Bernama said it is also part of the Islamic world's media networking and, in the long run, will help provide a stronger voice for Muslims.
-- BERNAMA

Sunday 26 February 2017

A new era in Malaysia-Saudi Arabia ties...

.
The on-going inaugural visit of Saudi Arabia's King Salman Abdulaziz Al Saud to Malaysia marks a new era in Malaysia-Saudi Arabia relations. Head of the Cultural Mission at the Royal Embassy of Saudi Arabia in Kuala Lumpur, Dr Zayed Al-Harithi said the visit of the Custodian of the Two Holy Mosques reflected His Majesty's interest to enhance strong ties with Malaysia. 
"We are now looking to further strengthen the relationship between our countries especially in education and scientific research," he said in his speech at an ice-breaking event between the Malaysian media and the Saudi Arabian media covering the visit.
Zayed also welcomed Malaysian National News Agency's (BERNAMA) attendance to the event, represented by General Manager, Datuk Zulkefli Salleh, Editor-in-Chief, Datuk Zakaria Abd Wahab, Deputy Editor-in-Chief (Domestic News Service), Datuk Mokhtar Hussain, Editor Ahmad Fuad Yahya and Head of Arabic Desk Razee Hassan.
 Zulkefli, in his speech, thanked Saudi Arabia's Cultural Mission for organising the event, saying it would foster closer relationship between the two countries and the ummah. 
The event was held in conjunction with the four-day state visit of King Salman Abdulaziz to Malaysia, his first to Malaysia since ascending the throne on January 23, 2015.
BERNAMA and Saudi Press Agency (SPA) will sign a memorandum of understanding (MoU) on news exchange to be witnessed by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and King Salman after their talks tomorrow.
The agreement seeks to provide greater outreach for both sides in news coverage without the need for having correspondents stationed in both countries.
Datuk Zulkefli will sign the MoU for Bernama while SPA will be represnted by its president, Abdullah Fahd Al Hussien.
-- BERNAMA




Bernama menang tiga anugerah Islamic Relief Malaysia...

Foto Bernama
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memenangi tiga anugerah Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi tiga perkhidmatan sepilinnya -- wires, radio dan televisyen.
Anugerah Kemanusiaan - Laporan Berita Antarabangsa Kategori Bahasa Inggeris dimenangi menerusi artikel bertajuk 'IRM Expresses Concern on Situation in Iraq's Mosul'  tulisan wartawan Nabilah Saleh. 
Bernama turut memenangi Anugerah Kemanusiaan - Temubual TV Kategori Bahasa Inggeris menerusi rancangan 'Hello Malaysia' di Bernama News Channel dan Anugerah Kemanusiaan -Temubual Santai Kategori Radio menerusi slot Gen-P bertajuk 'Gift of  Hope' di Bernama Radio.   
Anugerah disampaikan oleh ahli Lembaga Pemegang Amanah IRM Datuk Naimun Ashakli Mohammad yang juga bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India pada majlis Hari Penghargaan Media IRM 2017 di Kuala Lumpur hari ini.
Pengarang Meja Antarabangsa Nor Faridah Abdul Rashid mewakili Bernama untuk menerima ketiga-tiga anugerah berkenaan. 
Nabilah tidak menyangka tulisannya itu akan meraih anugerah kerana ia dihasilkan daripada perasaan ikhlas untuk membantu.
"It's a big token for a small contribution and write-up by me," kata wartawan di Perkhidmatan .Berita Antarabangsa (PBA) itu.
"Saya senang dengan IRM, dengan mereka saya rasakan saya dapat menyumbang penulisan sambil membantu mereka yang memerlukan," katanya.
Nabilah, yang genap lima tahun di PBA pada 9 Januari lepas, berazam akan menghasilkan lebih banyak tulisan yang mempunyai kepentingan umum.
Islamic Relief Malaysia menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM18 juta pada tahun ini bagi memperkasakan lagi program bantuan kemanusiaan organisasi itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata pada 2016 IRM menerima sumbangan sebanyak RM15 juta, berbanding RM12 juta pada 2015.
"Saya yakin sasaran tahun ini dapat dicapai. Yang pastinya usaha itu (bantuan kemanusiaan) kena berterusan, kami perlu telus supaya penderma boleh tengok duit itu ke mana, kesan atas usaha yang dibuat dan sebagainya," katanya kepada pemberita pada majlis tersebut.
-- Bernama



Saturday 25 February 2017

Infografik tarikan pameran Bernama...

Paparan berunsur infografik mengenai perkhidmatan dan produk Bernama menjadi tarikan pada pameran yang dipersembahkan Bernama sempena Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang yang masuk hari kedua, hari ini.
Tanpa menggunakan banyak perkataan, maklumat menerusi infografik lebih mudah difahami selain menampilkan pembaharuan kepada persembahan Bernama.
Program itu, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, juga memberi peluang bagi Bernama mempromosikan sambutan ulangtahun ke-50.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan ketua setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad turut mengunjungi 'booth' Bernama.
Datuk Seri Dr Salleh menyampaikan plak penyertaan kepada Bernama yang dipimpin Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abd Wahab. 
Penyertaan Bernama menjadi satu lagi platform untuk menonjol penjenamaan agensi berita ini yang gigih berusaha meningkatkan perkhidmatan dalam persaingan media yang semakin mencabar.
Amat menarik kerana ada kalangan pengunjung yang mengetahui mengenai platform Bernama dalam media sosial.
Ada yang bercakap mengenai aplikasi Android Bernama -- bernama.mobile yang membolehkan pengguna mendengar Radio Bernama, menonton BNC dan melayari bernama.com.
Maklum balas yang diberikan mengenai bernama.mobile adalah menggalakkan kerana ia berguna dan boleh diakses di mana sahaja.
Orang ramai juga tidak melepaskan peluang menyertai uji bakat pembaca berita Bernama Radio. 
Peserta menerima cenderahati yang disampaikan oleh Datuk Zakaria pada acara itu.
Dalam mesej menerusi WhatsApp, Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh menyatakan penghargaan kepada para petugas Bernama yang menjayakan program itu.
"Tahniah dan Terima kasih semuanya turun padang terutama Datuk KP," katanya.


Pasangan kembar siam kenang jasa Arab Saudi...

 Oleh Yasmin Ahmad Zukiman
    
"Jasa Kerajaan Arab Saudi akan kami kenang hingga akhir hayat". 
Itulah luahan pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad Rosli, 19, yang dilahirkan bercantum dari bahagian dada hingga ke punggung. 
Kisah mereka bukan sahaja mencuri perhatian masyarakat dunia tetapi juga Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz yang bermurah hati membiayai sepenuhnya kos pembedahan pemisahan mereka sebanyak RM1.7 juta.
 Atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan baginda yang ketika itu merupakan putera mahkota Arab Saudi, Ahmad dan Muhammad kini mampu berdikari dan menjalani kehidupan seharian secara normal.
 "Kami sendiri tak dapat bayangkan kalau masih bercantum... pergerakan mungkin terbatas dan susah nak lakukan aktiviti sebab walaupun kembar dan hampir seiras, saya dan Muhammad mempunyai minat dan cita-cita berbeza," kata Ahmad ketika ditemui Bernama di rumahnya baru-baru ini.
 Pembedahan dijalankan pada 17 Sept 2002 di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi dan mengambil masa 22 jam 45 minit dengan diketuai pakar bedah, Dr Abdullah Abdul Aziz Al Rabeeah beserta 41 doktor pakar, perunding perubatan dan kumpulan sokongan. 
 Mengimbau kembali detik pasangan kembar itu dipisahkan pada usia empat tahun, bapa mereka Rosli Abdul Rahim, 46, berkata sepanjang empat bulan berada di Arab Saudi, keluarganya bukan sahaja diberi layanan yang baik, tetapi juga sokongan semangat berterusan oleh keluarga diraja.
"Sepanjang tempoh pembedahan, kami sekeluarga hanya mampu bertawakal kepada Allah... perasaan bercampur baur, berdebar, takut semua ada tapi kami tidak putus-putus dibekalkan kata semangat dan sokongan untuk kekal kuat.
"Pasukan perubatan juga banyak membantu memberikan penerangan cara-cara penjagaan termasuk dari segi emosi Ahmad dan Muhammad dan mereka semestinya memerlukan banyak masa untuk serasi dengan keadaan baharu," katanya.
 Menurut Rosli yang mengusahakan bengkel pertukangan besi, beliau menyimpan hasrat untuk membawa pasangan kembar itu berjumpa pengganti Almarhum Raja Abdullah, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang dijadual melawat Malaysia dari 26 Feb hingga 1 Mac, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
 Kejayaan pembedahan itu jelas dapat dilihat selepas pasangan kembar itu meningkat dewasa apabila mereka bukan sekadar mampu menguruskan diri, malahan Ahmad yang mempunyai satu kaki kiri dan Muhammad dengan satu kaki kanan berupaya membantu keluarga melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, membasuh pinggan mangkuk dan menyediakan sarapan. 
Mesra dipanggil Along dan Angah, Ahmad dan Muhammad kini menuntut di universiti swasta dalam jurusan rekaan grafik dan teknologi maklumat atas bantuan zakat.
Ahmad yang gemar melukis dan Muhammad dengan aktiviti komputer turut berhasrat membuka perniagaan percetakan dan rekaan grafik, selain membina perisian komputer.  
Berkongsi kisah pembelajaran mereka di kolej, Muhammad berkata mereka menggunakan kerusi roda untuk ke kelas kerana lebih mudah bergerak berbanding tongkat.
"Di kampus, kami memang ramai kawan... mereka semua baik dan tidak meminggirkan kami walaupun kekurangan fizikal.
"Ada juga dalam kalangan mereka yang masih keliru antara saya dan Ahmad walaupun sudah setahun berkawan... nak selamat, mereka panggil 'Mat' saja," katanya berseloroh.
 Pasangan kembar itu berazam belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ayah yang menjaga mereka selepas kematian ibu, Asiah Kanda akibat kanser payu dara pada 2011.
 -- BERNAMA 

Friday 24 February 2017

Kemalangan tragis jadi ingatan...

Kemalangan jalanraya yang mengorbankan seorang wanita muda akan menjadi memori bagi sekumpulan petugas Bernama yang terlibat dengan Program Negaraku: Komuniti 1 Malaysia di Pekan, Pahang.
Setelah bertugas dari pagi, mereka menaiki van untuk makan malam di Kuantan apabila kemalangan berlaku "di depan mata" dekat Kampung Selamat pada kira-kira 8.15 malam.
"Kita orang berhenti tolong...hubungi ambulans, bomba dan polis dan tolong angkat kereta yang terbalik," kata Pengurus Komunikasi Korporat Zarina Rozali.
Kereta tersebut memotong van Bernama sebelum melanggar pembahagi jalan dan hilang kawalan.
"Kami yang betul-betul ada di tempat kejadian..kita nampak kereta itu berpusing-pusing sebelum terbalik.
"Masa tu tak ada kenderaan lain...kejadian berlaku begitu pantas," katanya yang menaiki van dengan lapan lagi petugas Bernama. 
Zarina menolong menenangkan pemandu wanita berumur 20-an itu yang begitu sedih mendapati adik perempuannya meninggal dunia.
Seorang adik lelaki yang turut menaiki kereta itu cedera.
"Sebagai rakan Akrab, saya rasa jadi tanggungjawab untuk bantu tenangkan mangsa di tempat kemalangan sehingga keluarga dia sampai," kata Zarina.
Program selama empat hari di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan itu dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok.
Bernama menyertai pameran yang dianjurkan sempena program itu dengan menampilkan perkhidmatan dan produk seperti Bernama Radio, Bernama News Channel (BNC) dan Bernama Images dari 9 pagi hingga 10 malam. 
"Bernama buat mini konti, live Facebook Bernama Radio, ujibakat baca berita dan kuiz...," kata Zarina.
Program berbentuk karnival ini diadakan bagi mengetengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan agensi kerajaan serta swasta kepada masyarakat.



"Hujan emas di negeri orang..."

Setelah mengembara ke 22 negara dengan mengayuh basikal bersendirian, seorang pensyarah politeknik amat memahami ungkapan "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri".
"Betul, sangat-sangat betul...ini bukan disebabkan saya orang Malaysia tetapi saya dah lalui 22 negara," kata pensyarah Politeknik Kuching, Sofian Mohd, 56.
"Dari aspek keselamatan, kita di Malaysia banyak monumen, tugu yang mempunyai sejarah dan saya boleh berada di sana seberapa lama yang saya suka. 
"Di luar negara, tidak boleh duduk lama, tiga, empat minit ada pihak berkuasa yang meminta saya bergerak ke tempat lain disebabkan aspek keselamatan," katanya dalam temubual dengan Bernama Radio pagi ini.
Beliau berkata Malaysia sangat aman, "kalau saya nak makan, kedai buka 24 jam, bila-bila masa...sebut sahaja nak makan apa". 
Sofian juga menyebut aspek kemesraan rakyat Malaysia. 
"Paling minima kita senyum, di sana mereka jeling kepada orang asing yang lalu di kampung mereka," katanya dan mengakui bahawa keadaan itu boleh menimbulkan rasa takut.
Sofian yang berasal dari Terengganu mengayuh sejauh 22,000 kilometer dalam tempoh 16 bulan bermula Julai 2015 hingga November lalu.
Antara negara yang direntasnya ialah Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Turkemenistan, Azerbaijan, Jerman, Switzerland, Turki, Greece, Belanda, Peranchis, Belgium, Itali, United Kingdom, Jepun, Vietnam, Korea Selatan dan Kemboja.
"Saya ambil masa hampir dua tahun untuk buat persiapan...laluan, stamina, mental, kena baca basikal apa nak guna, khemah apa nak guna...," katanya.
Beliau mengayuh sejauh 80km sehari dengan basikalnya yang seberat 80kg dan membawa tujuh buah beg.
Sofian berterima kasih kepada Wisma Putra yang sangat membantu beliau dengan memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di luar negara sebelum beliau melintasi sempadan negara berkenaan.
Apa yang menggembirakannya semasa perjalanan itu ialah apabila ada orang berhenti dan bertanyakan khabar serta arah tujuannya.
Dapat bercakap dengan orang setelah jauh berkayuh sendirian begitu melegakan beliau kerana ada ketika sehingga tujuh hari tidak bercakap dengan orang.
Ramai yang mengajaknya bermalam di rumah mereka setelah mengetahui tujuannya.
"Saya bertanya sendiri sama ada mampukah saya buat begitu kepada orang asing yang saya tak kenal...sampai sekarang kami terus bersahabat...walaupun bahasa berbeza, itu tidak menjadi halangan untuk kita berhubung kerana ia datang dari hati," kata pensyarah bahasa Inggeris itu.
Katanya, tidak ada pengalaman pahit ditempuhinya melainkan satu saat menyedihkan apabila mendapat berita mengenai kematian adiknya.
Ketika itu beliau berada di sebuah bandar di China dalam cuaca sejuk.
Mahu sahaja beliau pulang setelah menerima perkhabaran itu tetapi dinasihati oleh keluarga di kampung agar meneruskan pengembaraannya.
Sopian bersyukur kerana tidak sakit atau cedera sepanjang perjalanannya yang jauh itu.
Beliau menceritakan mengenai satu ketika apabila beliau begitu gembira untuk bertemu orang Malaysia yang telah menunggu kehadirannya.
"Saya juga menunggu untuk bertemu mereka sebab dah lama tak makan nasi goreng," katanya berseloroh.
Setelah berehat seketika, Sofian berhasrat menulis buku daripada catatan nota yang dibuat mengenai perjalanannya itu.

BEST2 it is...

The name for the new Bernama editorial system may have finally been found -- BEST2. 
After a two-hour introductory session for the new system, Bernama chairman Datuk Seri Azman Ujang and general manager Datuk Zulkefli Salleh appeared to favour the name BEST2 for the soon to be launched editorial system.
The name reflects a continuity to the  Bernama Editorial System Terminal (BEST), a striking identity towards achieving journalistic excellence.    
Editor-in-chief Datuk Zakaria Abd Wahab also attended the briefing for Bernama management conducted by system developer Novami Holdings Sdn Bhd.
Novami Holdings Group Managing Director/CEO Datuk Muhammad Azmi Alwi was present.
Training sessions for Bernama staff had been conducted to enable them to familiarise with the new system.
While the old BEST system operated on 'desktop application', the new web-based system can be used either on computer, tab or smartphones with internet access. It can also incoporate photographs and infographics to news articles whereas the old BEST system could only provide text stories. 

Thursday 23 February 2017

Lloyd's puas hati sistem kualiti Bernama...

Juruaudit Lloyd's Register Quality Assurance (LRQA) Mohamed Ramli Daud tidak asing dengan Bernama.
Beliau telah beberapa kali mengunjungi Bernama untuk menjalankan audit bagi menentukan Bernama mematuhi keperluan sistem ISO. 
Kali ini tumpuannya ialah bahagian pemasaran dan operasi pemberitaan untuk menentukan Bernama terus relevan sebagai pembekal berita yang cepat dan tepat bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Setelah menjalankan audit di Bahagian Jualan Nasional, beliau tertarik dengan strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh bahagian itu.
"Saya telah menemuramah Norena (Wati Yaacob, pengurus kanan Jualan Nasional) dan mendapati mereka begitu gigih mendapatkan potential clients," katanya ketika membentangkan rumusan auditnya kepada pihak pengurusan petang ini. Audit pematuhan itu dijalankan dua kali setahun.
Ramli ditunjukkan senarai pelanggan yang telah diperolehi oleh bahagian itu serta entiti yang berpotensi menjadi pelanggan baharu.
Menurutnya, peluang untuk meningkatkan jumlah pelanggan adalah luas kerana masih ramai yang tidak memahami keupayaan Bernama menyediakan platform yang dapat memanfaatkan mereka.
Bagi operasi berita pula, beliau memuji inisiatif mewujudkan Meja Multimedia untuk mengeluarkan berita dengan lebih pantas dan menarik menerusi media sosial.
Beliau berharap sistem editorial Bernama yang akan dimulakan tidak lama lagi akan menjadikan proses penyaluran berita lebih baik.
"Penemuan saya kali ini nampaknya positif dengan adanya meja multimedia dan strategi pemasaran untuk menjana pendapatan Bernama," katanya.
Bernama menerima persijilan ISO 9002 daripada badan antarabangsa -- Lloyd's Register itu pada Ogos 2000.







Wartawan Bernama kongsi pengalaman kunjungi rumah suspek...

"Rumah itu sangat terpencil, jauh dari Kota Jakarta. Hendak sampai rumah itu, kena masuk kampung keluar kampung. 
"Masuk kota keluar kota, ada lorong yang kecil (hingga) kereta masuk lumpur. Saya seorang sahaja yang memandu di kawasan itu," kata Azeman Ariffin, koresponden Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Jakarta, Indonesia.
Bertugas di Jakarta sejak 2015, Azeman berkongsi pengalamannya sepanjang perjalanan ke kampung Siti Aishah, wanita warga republik itu yang menjadi antara suspek pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam, minggu lalu.
Namun, perjalanan  berliku selama sembilan jam dari Jakarta ke kampung Siti Aishah di Kampung Rancasumur, Sindangsari Pabuaran, Serang, tidak menghalang beliau untuk bertemu dan menemu ramah anggota keluarga wanita itu. 
Azeman yang ditemui selepas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur hari ini, berkata walaupun Kampung Rancasumur tidak pernah dikunjunginya sebelum ini, tetapi sebagai wartawan, sikap sentiasa bertanya akan memudahkan perjalanan. 
Siti Aishah ditahan polis Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) minggu lalu.
Jong-nam berada di klia2 pada 13 Feb untuk menunggu penerbangannya ke Macau apabila beliau diserang dua wanita yang menyapu mukanya dengan apa yang dipercayai cecair beracun.
Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Sementara itu, Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Khairdzir Md Yunus yang turut menerima anugerah APC, berkata sepanjang tempoh 32 tahun bertugas di Bernama, banyak tugasan yang telah dilaksanakannya sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Oleh itu, katanya, wartawan yang baru menceburi bidang kewartawanan perlu bekerja dengan gigih, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas.
"Selain itu, mereka hendaklah menimba ilmu sebanyak mungkin dan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi," katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari menyampaikan anugerah APC berupa sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium kepada 530 penerima daripada lapan agensi di bawah KKMM termasuk 33 kakitangan Bernama.
Antara petugas Bernama yang menerima anugerah itu ialah Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Nor Faridah Abd Rashid, Penolong Pengarang Mohd Shukri Ishak dan Muna Khalid; Timbalan Ketua Penyunting Bahasa Melayu Noor Hammad Wariman; Ketua Penyunting bahasa Inggeris Berita Ekonomi S.Durga Varma; serta Ketua Unit Bernama.com Ahmad Kamil Mohamed Tahir.
-- BERNAMA


Kisah wartawan Jepun bersihkan kawasan hospital...

Seorang wartawan media tempatan tidak menyangka dalam kesibukannya membuat liputan kes pembunuhan rakyat Korea Utara Kim Jong-nam, beliau akan memperoleh pengalaman dan pengajaran berharga daripada sekumpulan wakil media dari Jepun.
Ketika ramai wakil media tempatan dan antarabangsa 'berkampung' di perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur, wartawan Bernama, Amirul Mohd Sajadi disajikan dengan sikap menjaga kebersihan dan disiplin tinggi sekumpulan wakil media dari negara matahari terbit itu .
Kerana kagum dengan apa yang disaksikan, beliau merakam tindakan empat wartawan lelaki itu yang mengutip sampah dan membersihkan perkarangan IPFN sebaik sahaja wartawan lain meninggalkan kawasan itu. 
Dua video memaparkan gelagat empat wartawan itu, masing-masing berdurasi 12 dan 13 saat, telah dirakam oleh Amirul pada 2.30 pagi 16 Feb lalu.
Video berserta catatan yang dimuat naik Amirul di laman Facebooknya mencuri tumpuan netizen serta dikongsi sebanyak 169 kali selain turut dipaparkan oleh beberapa portal berita.
"Selesai berkemas kelengkapan, aku perasan hanya kumpulan media Jepun je yang tidak terus pulang... mereka seperti mencari sesuatu dengan memegang plastik... lama aku perhatikan dia orang, manalah tahu ada barang mereka yang hilang ke... tapi rupanya aku silap... dia orang sebenarnya sedang kutip sampah di sekitar kawasan media lepak (berkumpul) tadi.
"Segannya aku, ya lah orang luar yang tolong kutipkan sampah... dan yang buat aku lebih tergamam, semua sampah yang dia orang kutip tu, dia orang bawa naik teksi dan aku pun tak pasti ke mana dia orang bawa semua sampah tu pergi. Hebat sungguh disiplin dia orang!" kata Amirul.
Walaupun berada di negara asing, mereka tetap mempamerkan sikap pembersih dan disiplin tinggi diri mereka dengan mengutip sampah di perkarangan IPFN.
Sejak kes pembunuhan Jong-nam pada 13 Feb lalu, IPFN menjadi tumpuan pengamal media berikutan mayat lelaki itu dibawa ke tempat itu.
 Amirul menyifatkan tindakan kumpulan wartawan itu sangat mulia selain memuji semangat serta dedikasi tinggi mereka apabila hanya berehat selama tiga jam sebelum menyambung tugasan.
"Mereka bekerja selama 21 jam sehari, bermula seawal 5 pagi sehingga 2 pagi sebelum kembali berkampung di sini pada 4.45 pagi untuk membuat liputan hari berikutnya," katanya.
-- BERNAMA


Tidur berdengkur risiko bawa penyakit ...

Jika anda tidur berdengkur, eloklah membuat pemeriksaan di hospital bagi mengetahui punca dan mendapat rawatan awal.
Masalah tidur berdengkur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA) perlu dipandang serius kerana ia boleh menyebabkan gangguan tidur yang memberi kesan kepada sistem tubuh, sehingga mendedahkan seseorang kepada risiko penyakit berbahaya atau maut.
Konsultan Otorinolaringologi Hospital Pakar KPJ Sentosa Kuala Lumpur, Dr Muhamad Noorhisyam Salleh berkata selain membuat pemeriksaan bagi mengesan penyakit konvensional, pemeriksaan mengesan OSA juga perlu diambil perhatian.
"Ketika membuat pemeriksaan kesihatan kita selalunya fokus untuk memeriksa gula, kolestrol dan lain-lain rutin biasa, tetapi bagi mereka tidur berdengkur, pemeriksaan perlu bagi mengesan punca penyakit tersebut," katanya.
Dr Muhamad Noorhisyam menyampaikan ceramah mengenai bahaya dengkur dalam program pengetahuan am di Pusat Kecemerlangan Bernama hari ini.
Beliau berkata faktor perubahan gaya hidup rakyat Malaysia sekarang ini menyebabkan trend untuk mereka mendapat penyakit OSA adalah tinggi selain faktor fizikal.
"Gaya hidup tidak sihat seperti tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti, tabiat merokok, kurang bersenam, tidak cukup tidur akibat rutin hidup yang tidak teratur adalah antara faktor menyebabkan OSA," katanya.
OSA yang tidak dirawat boleh mendedahkan pesakit kepada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser.
"OSA adalah apabila saluran udara terhalang separuh atau sepenuhnya sewaktu tidur yang mengakibatkan kekurangan oksigen dalam badan dan peningkatan kadar karbon dioksida, menyebabkan tidur terganggu.
"Semasa tidur organ menjalankan fungsi sepatutnya termasuk metabolisme badan akan berfungsi memecahkan glukos dalam badan. Jika tidur terganggu ia akan menyebabkan risiko kesihatan yang lain,"katanya.
Lebih menakutkan, Dr Muhamad Noorhisyam berkata OSA boleh membawa maut sewaktu tidur apabila seorang pengidap OSA mungkin tidak dapat menyedut oksigen secukupnya ke dalam tubuh dan boleh menyebabkan kegagalan jantung berfungsi.
Katanya pemeriksaan dan ujian tidur akan dijalankan untuk memastikan jenis rawatan yang boleh dilakukan atau hanya menggunakan mesin 'continuous positive airway pressure (CPAP)' yang dipakai semasa tidur.
"Jika terdapat punca lain seperti tonsil ia boleh dirawat dengan pembedahan," katanya.
-- BERNAMA

Wednesday 22 February 2017

Redefining journalists...

By Azeman Ariffin

Journalism as a profession must be reconstituted as a form of self-regulation, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today.
He said there was a need to redefine the journalists and media writers so that the question like who could be a journalist should be seriously addressed.
"If now everyone can write and has the facility to create credibility, authority and truth, the journalistic profession must oblige itself to deliberate on truth and its manifestations.
Not everyone can be a journalist, but of course, detractors will say that such a move will only curb press freedom," he said when delivering a keynote address at the International Conference on Media for World Harmony in conjunction with the fifth Organisation of Islamic Cooperation Broadcasting Regulatory Authorities Forum (IBRAF) in Bandung.
IBRAF is a forum which endeavours to meet the need for increasing cooperation among Islamic countries broadcasting regulatory authorities against the backdrop of digitalisation and convergence.
Ahmad Zahid, who is also Home Minister, said that journalists and media practitioners must be the selected ones and they must come from category of the best, brightest, ethical, unprejudiced and tolerant.
"Media and its practitioners should play a stronger and more confident role in subjugating itself toward peace building," he said.
He said that there was a worrying shift on journalistic narrative when extremism consumed its own image.
"Extremism and ethnic stereotyping now make most of journalistic narrative and make the news. Journalism and journalist becoming its actors, more so in the theatre of the new media," he said.
He said the media must be the intelligence dimension for global peace and harmony by facilitating a multicultural and a multi civilizational dialogue, educate people and stir cultural and civilizational thinking.
"We do not need only dominant worldview. All worldviews perpetuated and projected by the media must be seen in equitable terms. Media and world harmony are not premised on a monolithic worldview but alternative and pluralistic views must characterise this enterprise," he added.
Ahmad Zahid said that the challenges for media for world harmony is tremendous such as ideological, government repressions, national legislative and constitutional provisions or lack of it, cuts in commercial revenues and the tyranny of technology.
He said that the media and world harmony are not only the story of states and government but the story of humanity and civilizations and their interactions to modern and contemporary life.
"The role of religion and spirituality in the media with the dialogue of civilizations is critical and we cannot leave out religion when speaking of media and world harmony. Without religion, there would not be world harmony and without media as agent, there would not be meaningful participant among us," he said.
More than 200 participants attended the two-day Ibraf's forum and meeting held in Kota Bandung beginning today.
--BERNAMA

Wajah baharu lobi Wisma Bernama...

Sebelum melangkah pulang dari pejabat malam tadi, saudara Shamsudin Puteh sempat merakam suasana syahdu di lobi Wisma Bernama yang kini berwajah baharu dengan latar belakang pemandangan seperti akuarium.
Suasananya yang hening dan lembut sungguh mendamaikan kalbu.
Beliau berkongsi foto dan mencatatkan mengenai perasaannya itu di Facebook.
Penyunting Meja Bahasa Malaysia Perkhidmatan Berita Dalam Negeri itu yang memang dikenali sebagai seorang yang handal berpantun turut menukilkan serangkap pantun:

Dini hari datang bertamu
bayu lembut membelai rasa
bila bersua usahlah jemu
peritnya jiwa menanti masa


"Pantun itu saya cipta secara spontan daripada ilham yang menjelma daripada suasana romantis yang sungguh mendamaikan itu," katanya.

Dalam pada itu, visual persembahan tarian singa dalam akuarium yang dimuat-naik menerusi Facebook Bernama Offbeat menarik perhatian 1.1 juta tontonan -- jumlah paling tinggi dicatatkan sejak 1 Februari lepas.
Visual berdurasi 57 saat itu turut dikongsi 32,000 kali.
Persembahan itu diadakan di Aquaria KLCC dan dikenali sebagai Opera Di Dalam Air, yang dianjurkan sempena Tahun Baharu Cina (CNY).
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Aquaria KLCC, Datuk Simon Foong berkata persembahan itu menampilkan Teater Opera Cina dan tarian singa dalam akuarium.
"Ini tahun keenam kita menganjurkan persembahan tarian singa dan untuk mencetuskan suasana baharu tahun ini, kita mengambil keputusan untuk memperkenalkan persembahan opera dalam program Tahun Baharu Cina.
"Pengunjung boleh menyaksikan peserta (penyelam) memakai pakaian tradisional tarian singa dan menari, betul-betul seperti tarian itu dipersembahan," katanya.


Tuesday 21 February 2017

Why do we need a Science Media Centre?

An important element of good news reporting is to write in simple, plain language. 
Writing that is clear helps improve understanding of the readers especially for technical and scientific-based news articles.
With the advancement in science, technology and innovation (STI), there is a need for the scientific community to work together with the media to disseminate information for the benefit of the public and policy-makers.

Why do we need a Science Media Centre?
* To reduce misinformation of science facts
* To  ensure STI information to be translated and disseminated correctly to the public
* Bridging scientists and journalists
* Point of reference -- through shared database of experts and facts
* Training scientists and journalists in science communication

Some of the scientific discoveries conducted in local universities are said to be good but many unfortunately being "left in the lab" because they are not highlighted by the media.
Journalists might find it difficult to report about a scientific breakthrough because of the many scientific jargon used while a scientist could feel disappointed that the story was inaccurate.  
The Science Media Centre (SMC) in Britain is the best example of an effective workable platform between the scientific community and the media.
Established in 2002, it was originally based in the Royal Institution of Great Britain, until becoming a separate charity in its own right in April 2011. 
The Centre believes that scientists can have a huge impact on the way the media cover scientific issues, by engaging more quickly and more effectively with the stories that are influencing public debate and attitudes to science.
The SMC’s philosophy is: “The media will DO science better when scientists DO the media better.”
Its mission is to provide, for the benefit of the public and policymakers, accurate and evidence-based information about science and engineering through the media, particularly on controversial and headline news stories when most confusion and misinformation occurs.
The centre's priorities are:
- Working with journalists and providing them with information about science and its related disciplines; making it easier for them to get access to the best science and scientists when science stories are making the headlines.
– Working with scientists, engineers and other experts, and supporting them to engage with the media; creating more opportunities for them to get their voices heard on the big science, health and environment stories of the day.
– Supporting press officers when they are working on complex science, health and environment stories.
– In addition, the SMC provides expert advice and evidence on issues relating to science in the media.