Thursday 4 May 2017

Bernama berada di mana jua untuk liputan berita...

Detik bersejarah penubuhan Bernama
Dalam apa jua keadaan, petugas Bernama akan berada di pelbagai​​​​​​ tempat​​​​​​ untuk memberikan liputan meluas berita yang dekat di hati rakyat Malaysia, sejak mula penubuhannya 50 tahun lalu.
Berikut ialah beberapa peristiwa besar yang diberi liputan oleh Bernama sepanjang lima dekad lalu, dan disenaraikan di sini, bersempena sambutan Jubli Emas Bernama.

* Perlawanan tinju Muhammad Ali dan Joe Bugner di Kuala Lumpur pada 1975

* Serangan keganasan di bangunan America Insurance Associates (AIA) di Kuala Lumpur pada 1975 dengan Japanese Red Army menjadikan 50 orang sebagai tebusan

* Peristiwa pengeboman Tugu Negara pada 1975

* Rundingan ketua komunis Chin Peng dengan kerajaan Malaysia dan Thailand di Hatyai untuk meletakkan senjata.

* Nahas Tanjung Kupang pada Disember 1977 membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang mengorbankan kesemua 93 penumpang dan tujuh anak kapal  termasuk Menteri Pertanian Datuk Ali Ahmad.

* Pesawat Cessna membawa Menteri Luar (kini Tun) Ghazali Shafie terhempas dekat Janda Baik pada 1982

* Kes perbicaraan Menteri Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri bagi NegeriSembilan Datuk Taha Talib pada 1983.

* Krisis tebusan selama enam hari di Penjara Pudu mulai 17 Oktober 1986 apabila enam banduan menjadikan seorang doktor dan seorang pembantu makmal sebagai tebusan.

* Krisis tebusan di Penjara Kuantan membabitkan tiga banduan menahan seorang majistret sebagai tebusan pada 9 Januari 1987.

* Kes Prebet Adam mengamuk di Chow Kit pada 1987

* Tragedi letupan kilang bunga api Bright Sparklers di Sungai Buloh pada Mei, 1991 yang mengorbankan 23 orang.

* Kes perbicaraan pada 1993 pasangan bomoh Maznah Ismail yang dikenali sebagai Mona Fandey, dan suaminya Nor Affendi Abdul Rahman, berserta pembantu mereka Juraimi Husin atas tuduhan membunuh Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Talam Datuk Mazlan Idris

* Tragedi runtuhan kondominium Highland Towers pada 1993, mengorbankan 48 orang.

* Peperangan di Bosnia-Herzegovina pada 1994

* Tragedi banjir lumpur Pos Dipang, Perak, pada 1996

* Taufan Greg melanda Sabah pada 1996

* Dua rakyat Malaysia - M. Magendran dan N. Mohandas - menawan Gunung Everest pada 1997

* Pelayaran solo Azhar Mansor mengelilingi dunia 1999

* Tsunami melanda Malaysia pada 2004

* Bencana Tsunami di Aceh pada 2004

* Peperangan di Iraq pada 2004

* Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas pada 10 Oktober, 2007.

* Runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa pada 2008

* Peristiwa pertempuran antara kumpulan pengganas Al-Ma'unah dengan tentera dan polis di hutan Sauk setelah mereka mencuri sejumlah besar senjata api dari sebuah kem pada 2000

* Misi bantuan kemanusiaan di Somalia pada 2011

* Pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 2013

* Pencarian pesawat MAS MH370 di selatan Lautan Hindi pada 2014

* Tragedi pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada 2014

* Helikopter terhempas di Semenyih pada 2015 mengorbankan enam orang termasuk bekas menteri Tan Sri Jamaluddin Jarjis

* Kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 2017.

* Perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York

* Forum APEC

* Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)

* Sidang Kemuncak ASEAN

* Sukan SEA

* Sukan Asia

* Sukan Komanwel

* Sukan Olimpik

* Piala Thomas

* Formula 1

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment