Thursday 11 May 2017

Catatan seorang juara...

‘Grip bola, tengok arrow bukan tengok pin’ harus diingat dan dijadikan panduan ketika melepaskan bola boling. Itu belum lagi teknik mengawal balingan dalam keadaan lorong berminyak atau kering. 
Nampak sahaja mudah dan santai. Walhal banyak lagi yang perlu dipelajari dalam permainan boling sekiranya ingin jadi pemain professional. 
Itu antara pesanan keramat yang menjadi pegangan antara seorang pemain boling kumpulan Jabatan Pengarang daripada ‘sifunya’ ketika belajar bermain boling sebelum ini. Berkat daripada pengajaran itu bersama kemahiran rakan seperjuangan, Jabatan Pengarang berjaya merangkul Piala Pengurus Besar Bernama dalam pertandingan Cabaran Boling Piala Pengurus Besar baru-baru ini.
Julung kali diadakan, pertandingan bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Bernama ini menyaksikan Jabatan Pengarang membawa pulang piala pusingan, trofi dan wang tunai sebanyak RM1,200. 
Dianjurkan Kelab Kakitangan Bernama (KKB) pada 30 April lepas di Mega Lanes Endah Parade, pertandingan antara jabatan ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan petugas Bernama.
Menariknya, ramai juga  petugas baharu yang pertama kali bermain boling dan pastinya pelbagai ragam serta telatah mereka dapat dilihat. 
Populariti permainan ini menjadi tarikan kerana ramai petugas Bernama melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara rakan-rakan setugas ia juga sebagai platform mengenali lebih dekat petugas lama dan baharu.
Lebih teruja, Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh  turut bersama-sama petugas bermain pada petang itu. Timbalan Ketua Pengarang Datuk Mokhtar Hussein selaku Presiden Kelab Kakitangan Bernama hadir sama untuk acara perasmian dan penyampaian hadiah.
Bertambah menarik, cabutan bertuah serta pelbagai hadiah disediakan oleh pihak KKB .
Adat  juara, ada kalah ada menang . Siapa yang tak terusik jiwa jika kemenangan tidak berpihak kepadanya. Mohamad Hanif Azmi dari Jabatan Kewangan biarpun memenangi hadiah tercorot bagi kategori lelaki, beliau akur kerana baginya amat mustahil untuk bergelar juara kerana ini merupakan kali pertama bermain boling. 
Yang penting baginya, semangat setiakawan dan atas semangat kesukanan tinggi,  beliau sanggup meluangkan masa cutinya untuk menyertai pertandingan ini. 

KEPUTUSAN:

BERPASUKAN

PERTAMA : Jabatan Pengarang
1. Azlina Aziz
2. Aziz Harun
3. Zaharin Md Nor
4. Maznah Abu Bakar

KEDUA : Bahagian Perkhidmatan Media
1. Izzul Zunnurain
2. Raj Anila
3. Wan Mohd Rady
4. Mohd Noor Atan

KETIGA : Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi 
1. Abdul Halim Hafiz
2. Norizan Mohd Yusof
3. Auzan Ayub
4. Mohd Nazrin Abu Hassan

INDIVIDU LELAKI

Pertama:         Izzul Zunnurain
Kedua: Shahfiee
Ketiga: Zarin Noordin

INDIVIDU WANITA

Pertama:         Maznah Abu Bakar
Kedua: Azlina Aziz
Ketiga: Rosne Hanapiah


Catatan dan foto Maznah Abu Bakar

No comments:

Post a Comment