Saturday 13 May 2017

Selebriti ucap tahniah sambutan Jubli Emas Bernama...

Penyanyi tersohor tanahair Datuk Siti Nurhaliza mengucapkan selamat menyambut ulangtahun Jubli Emas ke-50 kepada Bernama.
Beliau berharap Bernama akan terus memberikan informasi terbaik, ilmu serta kisah-kisah terkini yang memberikan manfaat kepada masyarakat.
Rakaman ucapan itu disiarkan menerusi Youtube.
Selebriti dan usahawan Nor Neelofa Mohd Noor turut mengucapkan tahniah kepada Bernama atas sambutan itu dengan harapan agar Bernama terus maju, diberkati dan dirahmati. 

No comments:

Post a Comment